RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh:                         29.10.2012
Hari :                           Isnin
Masa:                          60 minit
Mata Pelajaran:           Bahasa Melayu
Tahun :                        Tahun 4
Bilangan Murid :          21 orang
Tema :                         Lestari Alam
Tajuk :                         Jerebu ( Pencemaran Udara)

Hasil Pembelajaran :

Fokus Utama              : Kemahiran menulis
                                     8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai                 
                                    dalam satu perenggan atau antara perenggan dalam sesebuah 
                                    karangan.
                                    Aras 1 (i) Memilih dan mengenal pasti penanda wacana yang terdapat
                                    dalam teks yang di baca.

Fokus Sampingan      : Kemahiran membaca
                                    5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi  
                                    yang betul serta memahami perkara yang dibaca.
                                    Aras 3 (i) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan     
                                    Menarik

Objektif pembelajaran :        Pada akhir pelajaran murid-murid dapat:
i.              Menyenaraikan 5 penanda wacana yang terdapat dalam teks yang dibaca
ii.             Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menjawab soalan yang dikemukakan
iii.            Menjawab soalan latihan
iv.           Melengkapkan borang pengurusan grafik

Tatabahasa :                           Penanda Wacana
Pengisian Kurikulum :             Kajian Tempatan
Nilai Murni:                              berkerjasama
Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran berfikir,belajar berkumpulan,Pembelajaran 
                                                Kontekstual
Pengetahuan Sedia ada :       Murid pernah mendengar perkataan pencemaran
Bahan Bantu Mengajar :         Gambar,Petikan,Borang pengurusan grafik,Lembaran kerja







Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Dan  Pembelajaran

Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
( 5 minit )
Mencungkil idea dan menarik respon murid
i)  Guru menayangkan gambar pencemaran  udara

ii) Guru bersoal jawab dengan murid.

ii) Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran pada hari ini.

i)  Murid menjawab pertanyaan guru berkaitan dengan gambar yang ditunjukkan
Perkembangan
Langkah 1
( 20 minit )
Teks bacaan bertajuk “Pencemaran Udara”
i)  Guru mengarahkan murid membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul

ii) Guru membaca teks diikuti murid

iii) Guru memberi soalan berkaitan dengan petikan


i)  Murid membaca teks dengan betul mengikut intonasi dan sebutan yang betul dalam kelas secara berkumpulan dan individu mengikut perenggan.

ii) Murid menjawab soalan yang diberikan di atas kertas jawapan yang disediakan.

iii) Wakil setiap kumpulan dikehendaki membaca jawapan yang dicari.

Langkah 2
( 20 minit )
Menyenaraikan penanda wacana
i)  Guru menerangkan maksud penanda wacana dan memberi contoh jenis-jenis penanda wacana.

ii) Guru meminta ahli kumpulan menampal dan setrusnya membentangkan hasil dapatan.

iii) Guru menyoal murid lain betul atau tidak hasil dapatan kumpulan pembentang.


i)  Ketua kumpulan mengambil kertas arahan daripada guru

ii) Ketua kumpulan membaca arahan dan didengari oleh ahli kumpulan
iii) Murid secara kumpulan mencari dan menyenaraikan penanda wacana yang terdapat dalam petikan ‘Pencemaran Udara’  dan menulis di atas kad manila.

iv) Ahli  kumpulan menampal hasil kerja di papan tulis dan seterusnya membentang hasil dapatan.

V) murid lain memastikan sama ada jawapan yang disenaraikan betul atau tidak secara rawak.








Penanda Wacana

Selain itu
Namun demikian
Oleh sebab itu
Sehubungan dengan itu
Langkah 3
( 10 minit )
Membina perkataan daripada perkataan
PENCEMARAN
i)  Guru menulis perkataan PENCEMARAN  di papan tulis

ii) Guru mengarahkan murid membina 10 perkataan lain menggunakan perkataan PENCEMARAN di dalam borang pengurusan grafik

Iii). Guru memberi ganjaran kepada murid yang dapat menyenaraikan lebih daripada 10 perkataan dengan pantas





i) Murid memerhatikan perkataan PENCEMARAN yang ditulis di papan tulis.

ii) Murid membina 10 perkataan lain menggunakan perkataan PENCEMARAN di dalam borang pengurusan grafik.

PENCEMARAN
1
Cemar
2
Amaran
3
Mara
4
Camar
5
Ranap
6

7

8

9

10



Penutup
( 5 minit )
Rumusan isi pelajaran
i)  Guru membuat rumusan isi pelajaran pada hari ini dan meminta murid menyatakan  nilai-nilai murni yang dapat dijadikan amalan.



ii) Murid menyatakan nilai-nilai yang dapat diamalkan contohnya menjaga udara supaya tidak tercemar supaya dapat menghirup udara  yang segar iaitu kebersihan separuh daripada iman.






1 comment:

  1. Salam,
    RPH yang mantap. Tahniah...
    Semoga muarid-murid dapat mengikuti p&p dengan seronok.

    ReplyDelete